Tuesday, April 6, 2010

celoteh kami di umah paklong...






Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersyukur Kpd Ilahi kerana dpt jgak Paklong update untuk blog wafi safia ini. Sejak Sekian lama tidak di pedulikan. Blog ini Paklong bina hanya untuk mengumpul gambar2 yang paklong ambil sepanjang wafi dan safia tinggal dgn Paklong. segala kenangan manis dan pahit bersama kamu berdua akan paklong ingat sampai akhir hayat paklong dan maklong.... W/pun tika ini wafi dan safia sudah jauh meninggalkan paklong dan maklong di sini, namun semua gelagat,senyum tawa, tangis kalian berdua sentiasa di hati dan ingatan paklong dan maklong..

Wafi safia, jika kita di takdirkan tidak berjumpa lagi, Paklong minta maaf banyak2 kepada kalian berdua jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, tercubit paha dan sebagainya.... ini kerana adalah tanggungjawab paklong dan maklong untuk menjaga kalian dan memberi tunjuk ajar kepada kalian yang di amanahkan oleh ibu kalian setiap kali kamu berdua tinggal bersama paklong. Maafkan kami ya wafi safia.

Paklong harap kalian berdua sentiasa sihat, cergas,cerdas tika ini di sampaing ibu dan papa kamu. Paklong maklong di sini sentiasa doakan kalian dan keluarga kalian dalam keadaan sihat sejahtera. Setiap kali paklong teringatkan kalian berdua, paklong akan buka blog ini, dan paklong akan lihat gambar2 kamu. paklong akan ketawa sendiri melihat gelagat kamu semasa kamu berdua berada di rumah paklong...

Wafi safia, ingatlah di mana sahaja kamu berada, jika kamu menghadapi kesusahan ingatlah kepada Yang Maha mencipta. Begitu juga tika kalian dalam keadaan senang dan gembira, kamu wajib mengingati Yang Maha Mencipta. Kerana Dia lah Allah yang menciptakan kita dalam keadaan susah dan senang. Ingatlah, jika kalian sentiasa mengingati Nya. Dia juga akan sentiasa melindungi kalian di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Sudah sebulan kalian pulang ke semenanjung, pergi meninggalkan paklong dan maklong mungkin buat selama2 nya, atau insyaallah jika di izinkan Allah, kita akan berjumpa, cuma paklong tidak tahu di mna dan bila. kalian pulang ke sana disebabkan oleh ibu kalian mendpat pekerjaan yang baru di putrajaya. Terpaklah kita berpisah, namun kalian sentiasa di hati paklong dan maklong. Paklong mengharapkan dan berdoa kalian berdua bila besar nanti akan menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa berjasa kepada kedua orang tua kalian. Bila kamu sudah besar panjang nanti, jaga lah kedua ibu bapa kamu. jangan biarkan mereka terabai, berilah kasih sayang kamu kepada mereka sepertimana mereka menjaga kamu sewaktu kamu masih kecil.

Untuk pengetahuan kalian berdua, umur kalian berdua ketika berada bersama paklong: wafi umur kamu 4 tahun, safia umur kamu 3 tahun. Hampir setahun kamu tinggal bersama2 dgn paklong dan maklong. W/pun tempoh itu amat singkat, tapi amat bermakna bagi paklong dan maklong kamu. Kamu akan tingal bersama paklong ketika ibu kamu terpaksa berkerja di luar kawasan. Setaip kali ibu kamu out station, rumah paklong lah tempat kamu tinggal, bermain, makan minum, tidur dan sebagainya. 2 hari, 2minggu, kadang2 sampai sebulan kamu tinggal di rumah paklong. Paklong sudah anggap kamu sepeti anak2 paklong sendiri.

Paklong mencoretkan ini bukan lah untuk mengungkit apa2 dari kalian, ini cuma untuk menjadi kenang kenangan kepada paklong, maklong bersama2 dgn kalian.... dan ini jugak untuk pengetahuan kalian berdua tika besar nanti. bahawa kalian berdua pernah tinggal bersama2 paklong dan maklong.

Gambar diatas hanya beberapa gambar sahaja sempat paklong masukan kedalam blog ini. Insyalah, dari masa kesemasa paklong akan sentiasa update dan letakkan gambar2 kalian berdua ketika berada di rumah paklong. Untuk pengtahuan kalian jugak. paklong ada berikan gambar2 kalian kpd ibu kalian, jika ada masa, minta lah gambar2 itu buat kenag kenangan kalain semasa di sabah di rumah paklong.

sekian dulu coretan dari paklong.
semoga kalian sihat hendaknya.

wafi safia kamu sentiasa dalam ingatan dan di hati paklong dan maklong.

3.oo pagi. 06/04/2010. di umah paklong kamu... politeknik Kota Kinabalu sabah.

No comments:

Post a Comment